Semua Pati yang ditangkap akan menjalani ujian saringan Covid-19.

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan hari ini.

Kluster tersebut ialah Kluster Senai Cyber, Kluster Tembok Nanas, Kluster Jalan Sembrong, Kluster Jalan Permata, Kluster Taman Juta dan Kluster Kampung Lebu.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Senai Cyber melibatkan daerah Kulai di Johor yang mana penularan berlaku Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.

Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 198 individu telah disaring dan 114 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Manakala Kluster Tembok Nanas melibatkan daerah Pontian di Johor apabila seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah
dilaporkan positif pada 10 Januari 2021 hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi PATI dikesan positif Covid-19.

Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19

Kluster Jalan Sembrong melibatkan daerah Kluang di Johor hasil saringan kontak rapat. Saringan yang dijalankan di tempat kerja mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Sehingga hari ini, sejumlah 52 individu telah disaring dan 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Menurutnya, Kluster Jalan Permata dikesan di daerah Seremban di Negeri Sembilan dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai dan mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.

Setakat ini, sejumlah 414 individu telah disaring dengan 61 kes telah dikesan positif.

Sementara itu Kluster Taman Juta di daerah Hilir Perak di Perak pula terdapat 14 daripada 48 individu yang disaring positif Covid-19

Kluster Kampung Lebu pula berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu
dikesan positif Covid-19 dan setakat hari ini 80 individu telah disaring dan 21 kes telah dikesan positif. – MalaysiaGazette