Mauricio Pochettino

PARIS – Pengurus Paris Saint- Germain Mauricio Pochettino diuji positif Covid-19 dan akan terlepas dua aksi Ligue 1 Perancis minggu depan.

Bekas pengurus Totenham Hotspur berusia 48 tahun itu mengambil alih tugas kejurulatihan juara bertahan Liga Perancis telah menjulang piala the Trophee des Champions menewaskan Marseille Rabu lalu selepas mengendalikan tiga perlawanan sejak dilantik.

PSG akan berdepan Angers pada Sabtu ini dalam aksi Ligue 1 dan Montpellier pada Jumaat 22 Januari ini.

“Dia akan menjalani kuarantin di rumah berdasarkan protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan dan jabatan kesihatan.

“Pembantunya Jesus Perez dan Miguel D’agostino akan mengemudi pasukan sehingga Pochettino kembali semula ke padang selepas selesaiĀ  menjalani kuarantin,” kata kenyataan kelab itu.

PSG yang menjulang tujuh daripada lapan gelaran Ligue 1 kini menduduki tempat kedua dalam carta liga iaitu beza satu mata di belakang pendahulunya Lyon.