Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. foto MOHD ADZLAN, 24 SEPTEMBER 2020.

KOTA TINGGI – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh  mengenai pengisytiharan proklamasi darurat yang dilaksanakan untuk menangani penularan pandemik COVID-19.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya mengheret rakyat dalam isu berkenaan di kala rakyat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan termasuk mangsa dan pesakit COVID-19.

“Ini adalah isu rakyat. Ini adalah isu keselamatan rakyat dan kesihatan rakyat. Jangan berpolitik berpanjangan.

Mereka boleh memberikan pandangan dan kritikan kepada kerajaan tetapi jangan bermain politik sehingga memberi kesan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan ketika misi bantuan kemanusiaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu Khamis lepas (14 Januari) yang sudah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menarik balik pengisytiharan darurat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dilaporkan berkata, selain pembatalan darurat, surat itu juga berharap agar baginda menitahkan sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan dan Menteri MITI itu berkata, meskipun darurat dilaksanakan, ia tidak menganggu perjalanan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memandangkan tanggungjawab utama mereka adalah membantu rakyat. – Bernama

2 Komen

  1. SHAFIE BEDALyg tidak AFDAL…GENCATAN POLITIK telah diSUARAKAN supaya PRN SABAH TIDAK DIADAKAN…tetapi KAMU dan warisan Pakatan Hancing…rasa EGO utk membubarkan DUN SABAH. jgn nak salahkn kjaan isytihar DARURAT….KERANA GILA KUASA SHAFIE BEDAL WARISAN kes COVID MENCANAK NAIK HINGGA HARI INI…kluster sabah. Malah Warisan isytihar Covid dn kematian pasukan keselamatan sebagai wayang SANDIWARA.

    pembangkang tetap menyalahkan dn perlekehkan…Darurat 2020 DITOLAK YDPA…pm diserang sebagai Lemah dn hilang sokongan…DARURAT 2021 DIKUATKUASA…PM dituduh tiada maruah selamatkan diri sendiri…boneka ydpa dn berpaut pada dinding pagar istana…rujuk salah udin ayub naib pres..am NANAH Dan ANWARFIKUN..P arti K hianat R eformasi….meneruskan munafiknya dgn IGAUAN NOMBOR EKOR PM dan menghasut rakyat DERHAKA YDPA dn PERLEMBAGAAN
    masih ada yang sanggup menyokong dan MATI BERDIRI dan DUDUK MELUTUT agenda anwarfikun

  2. lucutkan jawatan MP2 dn warganegara2 yang menentang YDPA.. KPN AG KETUA HAKIM NEGARA perlu bertindak tegas apatah lagi yg belum jadi PM ni terlebih DERHAKA.

    anwarfikun seperti ANJING TERSEPIT dan kACANG LUPAKAN KULIT…bila dapat pengampunan YDPA TETAPI sekarang MENENTANG dan MEMIJAK KEPALA YDPA….Mungkin gila dimakan Sumpah Laknat Saiful.

Comments are closed.