Datuk Seri Mohamad Hasan parliament sitting Dewan Rakyat
Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – UMNO akur terhadap keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat, namun ia hanya setakat untuk memastikan pandemik Covid-19 terkawal.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan ‘the state of Health Emergency’ dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

“Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO (PKP – Perintah Kawalan Pergerakan) dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

“Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, Malaysia berada dalam kedudukan yang tidak pernah berlaku dalam sejarahnya yang mana pandemik yang semakin menular itu memberi kesan kepada ekonomi yang menyaksikan daruray diistihar dan perlembagaan digantung dan parlimen tidak berfungsi.

Tambah beliau, UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi Covid-19 dan pendirian tersebut tiada tawar menawar.

Bagaimanapun, ujar beliau, parti itu juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

“Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam,”katanya.

Menurut Mohamad, demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bawak bertenang tok mat. Sekarang is far better dari zaman bos lama ko. Tegur songlap duit 1MDB…. pecat. Sebab tu ko pun buat bodoh atau tumpang sekaki.

    Yidin dah kata tak campur dalam judiciary proses. Kalau ko takde kes nak pucat wat pe.

    YDPA bukan orang banggang… Kami lebih percaya YDPA dari perasuah politik yg dok pikir tak nak masuk penjara….Cita2 PM ikat tepi

  2. Pelik plak kenapa gantung parlimen..mesti sebab parlimen ialah pusat penyebaran Covid yg utama skrg ni…haaa

Comments are closed.