Penyelamat menggerakkan paip selongsong ke bawah untuk mewujudkan saluran sambungan dengan pelombong yang terperangkap di lokasi letupan lombong emas di Bandar Qixia, Provinsi Shandong China timur pada 17 Januari lalu. foto agensi

JINJAN – Seramai 12 pekerja masih hidup sementara nasib 10 yang lain masih tidak diketahui selepas letupan berlaku di sebuah lombong emas di wilayah Shandong, timur China, kata pihak berkuasa.

Semalam, pasukan penyelamat berkata, terdapat gerakan pada tali besi yang digunakan untuk menghantar larutan.

“Ini menunjukkan masih terdapat lagi mangsa terperangkap yang masih hidup.

“Sebelum ini, pasukan penyelamat yang sedang menggerudi mendengar ‘bunyi ketukan’ sebagai tindak balas,” kata anggota penyelamat kepada agensi berita, Xinhua.

Isyarat letupan itu dikesan seminggu selepas pekerja lombong tersebut terperangkap akibat letupan pada 10 Januari lalu, merosakkan sistem komunikasi selain menimbus tangga yang digunakan pelombong keluar daripada lombong itu.

Pasukan penyelamat telah mengesan beberapa isyarat menunjukkan ada antara 22 pelombong emas yang terperangkap dalam lombong bawah tanah di timur China masih bernyawa. -MalaysiaGazette