Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA –  Sebuah institusi awam di Sabah, pusat perubatan swasta dan kafe di Genting Highlands antara sembilan kluster baharu yang dikesan pada hari ini.

Sementara itu dua kluster dari Sabah iaitu Kluster Mesra dan Kluster Samudera ditamatkan hari ini.

Setakat ini, 660 kluster telah dilaporkan di negara ini manakala jumlah kluster tamat sebanyak 361 termasuk dua pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 299 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini dan tiga kluster melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi iaitu Kluster Tapak Bina Muda (217 kes), Kluster Tapak Bina Perdana Avenue (145 kes), dan Kluster Tapak Bina Casuarina (76 kes)

Katanya, daripada sembilan kluster baharu hari ini hanya Sabah dan Kuala Lumpur mewakli dua kluster Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing melaporkan satu kluster baharu.

“Kluster pertama Taman Tasik Sungai Chua di kesan di kediaman di daerah Hulu Langat di Selangor yang mana kes positif dilaporkan hari ini hasil saringan di sebuah pasar raya dan sejumlah 147 individu telah disaring manakala 60 kes daripadanya disahkan positif.

“Kluster Kompleks Segamaha pula dikesan dalam kalangan pekerja kelapa sawit di Kinabatangan Sabah apabila kes indeks ke-152949 telah dikesan positif Covid-19 pada 16 Januari lalu hasil saringan di tempat kerja dan setakat ini 250 individu telah
disaring dan 58 kes daripadanya disahkan positif.

“Kluster Jalan Bukit Bendera pula dikesan di Kota Kinabalu, Papar dan Beufort Sabah apabila kes indeks ke-125850 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu yang mana setakat ini sejumlah 100 individu telah disaring dan 20 kes telah dikesan positif,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, kluster keempat Jalan Suria pula dikesan di sebuah pusat Perubatan swasta swasta yang terletak di Jalan Suria, Johor Bahru, Johor apabila kes indeks ke-157417 telah dilaporkan positif pada 17 Januari lalu hasil saringan individu bergejala dan sejumlah 686 individu telah disaring manakala 24 kes telah dikesan positif setakat ini.

Kata Dr. Noor Hisham lagi, Kluster kelima Tapak Bina Jalan Nipah pula dikesan di daerah Titiwangsa Kuala Lumpur dan kes positif dikesan hari ini hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Nipah, Titiwangsa yang mana sejumlah 517 individu telah disaring setakat ini sementara 29 kes daripadanya positif.

Katanya, kluster keenam pula adalah Tapak Bina Era Duta juga dikesan di ibu negara iaitu di Kepong, yang mana kes positif dikesan pada hari ini menerusi hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dutamas.

Sehingga hari ini, tegasnya sejumlah 420 individu telah disaring, yang mana 20 kes telah dikesan positif Covid-19.

“Kluster ketujuh adalah Kluster Pulau Lima dilaporkan di Pasir Puteh Kelantan iaitu kes indeks ke-135920 telah dikesan positif pada 10 Januari lalu menerusi saringan individu bergejala di lokaliti kediaman Kampung Pulau Lima yang mana 27 individu disaring setakat ini manakala sembilan daripadanya positif.

“Kluster kelapan adalah Kluster Jalan TJ yang dikesan di Seremban membabitkan indeks kes ke-127007 merupakan seorang pekerja kilang di kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar yang telah dilaporkan positif pada 7 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

“Setakat ini seramai 129 individu telah disaring dan 39 kes daripadanya telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster terakhir iaitu Kafe Genting pula dikesan di sebuah kafe pusat rekreasi di Genting Highlands, Bentong Pahang kes indeks ke-118989 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Januari lalu hasil saringan individu bergejala dan sehingga kini 104 individu telah disaring, yang mana 31 kes disahkan positif,” ujar beliau.-MalaysiaGazette