RIYADH – Tiga individu cedera selepas kumplan militan Houthi yang disokong Iran melancarkan ‘peluncur tentera’ dari wilayah Yaman ke Jazan, barat daya Arab Saudi.

Timbalan Jurucakap Media untuk Direktorat Pertahanan Awam Wilayah Jazan, Leftenan Kolonel Mohammed bin Hassan Al-Samghan berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Yaman terhadap salah sebuah kampung yang terletak di sempadan di Al-Ardha, Jazan, lapor Saudi Press Agency.

Pasukan-pasukan pertahanan awam berkejar ke lokasi kejadian, tambah beliau.

Seorang lelaki dan dua kanak-kanak cedera akibat ‘serpihan tajam’ dan mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Salah seorang individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi stabil.

Serpihan tajam juga telah menya3babkan kerosakan pada sebuah kereta. – MalaysiaGazette