Upacara Thaipusam pada tahun ini di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan, Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Upacara Thaipusam pada tahun ini di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan, Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan.
Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan selepas  perbincangan Kementerian Perpaduan Negara dengan Ketua-Ketua Agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kementerian mengambil maklum keputusan semua kerajaan negeri supaya tiada upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri masing-masing pada tahun ini kecuali Perlis.
”Mesyuarat teknikal juga bersetuju Thaipusam boleh dilaksanakan di negeri-negeri di bawah PKPP dengan kebenaran Kerajaan Negeri yang berkenaan dan mengikuti SOP lebih ketat. Sehingga kini, hanya Kerajaan Negeri Perlis di bawah PKPP yang membenarkan upacara Thaipusam,” katanya di sini.
Halimah menegaskan Prosedur Operasi Standard yang ketat yang ditetapkan oleh MKN & KKM bagi mengawal penularan rantaian Covid-19 terutama pada masa yang getir ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast