Suruhanjaya Sekuriti
KUALA LUMPUR –  Peserta pasaran modal (CMP) CMP boleh terus menjalankan dan menyediakan aktiviti dan perkhidmatan pasaran modal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 13 Januari 2021.
CMP yang memerlukan surat pengesahan untuk memudahkan pergerakan perjalanan bagi pekerja mereka atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi fungsi kritikal boleh menghantar permintaan atau pertanyaan melalui e-mel ke [email protected].
Suruhanjaya Sekuriti dalam kenyataan berkata, semua CMP diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai, berwaspada dan mengambil langkah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 di tempat kerja mereka.
Ini termasuk memastikan hanya 30% kakitangan pengurusan yang dibenarkan di premis dan penangguhan aktiviti penjualan dan pemasaran di luar premis CMP atau di tempat awam bagi kawasan yang berada di bawah PKP.
Mereka juga boleh merujuk kepada panduan SOP mengenai Langkah-langkah Kesihatan dan Keselamatan bagi mencegah wabak Covid-19 bagi CMP (Panduan) yang dikeluarkan oleh SC, yang menggariskan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan dalam mengekang penyebaran Covid-19.
Panduan dan SOP bagi pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC dan MKN boleh dimuat turun dari https://www.sc.com.my/covid-19 dan semua SOP yang dikeluarkan oleh MKN boleh didapati melalui Telegram dan laman sesawang MKN.
Pertanyaan berkaitan dengan SOP bagi pasaran modal boleh ditujukan kepada [email protected].
Secara berasingan, SC telah mengemas kini Nota Panduan mengenai Tata Cara Mesyuarat Agung bagi Penerbit Tersenarai. Dalam Nota Panduan tersebut.
SC mengingatkan penerbit tersenarai agar hanya mengadakan mesyuarat secara maya sepenuhnya bagi kawasan di
bawah PKP dan PKPB.
Mesyuarat hibrid atau fizikal boleh diadakan di kawasan di bawah PKPP atau kawasan yang tidak dikenakan sebarang larangan pergerakan.
Nota Panduan yang dikemas kini tersebut dan borang permohonan bagi pengecualian perjalanan yang terhad untuk mengadakan mesyuarat agung secara maya sepenuhnya boleh dimuat turun di https://www.sc.com.my/regulation/corporation-governance dan pertanyaan boleh ditujukan kepada [email protected].
Katanya, walaupun pejabat SC tetap dibuka sepanjang PKP, perkhidmatan aduan bersemuka ditangguhkan buat masa ini.
Orang ramai boleh terus menghantar e-mel pertanyaan atau aduan mereka kepada SC melalui [email protected].
Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Aduan SC di +603 6204 8999 (9 pagi – 5 petang Isnin hingga
Jumaat). Pertanyaan umum boleh ditujukan melalui e-mel [email protected] MalaysiaGazette