Janna Nick dan Dini Schatzmann.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Janna Nick telah menimbulkan spekulasi apabila dia memuat naik kapsyen dan gambar dan Instagram miliknya.

Hantaran berbunyi tarikh 2 Februari 2021, ia seakan-akan memberi gambaran akan bertunang atau berkahwin dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

“Can’t wait 2.2.2021 🖤 너랑 더 오래 같이 있고 싶어 (Saya mahu bersama awak lebih lama).

Please enjoy being single ok ! 🤣 @dinischatzmann ❤️,” tulisnya.

Pada November lalu, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan itu.

Janna berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu. – MalaysiaGazette