Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kluster baharu dikenalpasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ia merupakan jumlah kluster tertinggi yang dicatatkan semenjak pandemik Covid-19 melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11 kluster melibatkan kluster yang dikenalpasti di tempat kerja manakala selebihnya pula kluster penularan komuniti.

Kluster tempat kerja adalah Kluster Bestari Rantau (Selangor), Kluster Jalan KKIP Selatan (Sabah), Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz (Selangor, Kluster Tapak Bina Jalan Digital (Johor dan Terengganu), Kluster Tapoi Lima dan Kluster Seroja di Johor, Kluster Persiaran Tasek di Perak, Kluster Jalan Usaha dan Kluster Tapak Bina Bikit Sebukor di Melaka, Kluster Sungai Ibor di Negeri Sembilan dan Kluster Jalan Sejahtera di Kuala Lumpur.

“Lima kluster komuniti pula adalah Kluster Batu Enam di Perak, Kluster Bukit Gelogor dan Kluster Sawmill Luit di Pahang, Kluster Jalan Niaga (Johor), Kluster Kampung Balibata (Sabah),”katanya menerusi kenyataan.

Pertambahan 16 kluster hari ini menjadikan jumlah kumulatif berjumlah 685 kluster dan daripada jumlah itu sebanyak 318 kluster aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengumumkan penamatan tiga kluster hari ini melibatkan Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima. – MalaysiaGazette