Barcelona akan mengemukakan rayuan terhadapan hukuman gantung dua perlawanan ke atas Messi oleh Persekutuan Diraja Bola Sepak Sepanyol semalam.

MADRID – Barcelona akan mengemukakan rayuan ke atasĀ  penggantungan dua perlawanan ke atas Lionel Messi.

Kapten pasukan the Catalans itu digantung dua perlawanan selepas dibuang padang akibat menumbuk pemain dalam aksi akhir Pial Super Sepanyol Ahad lalu.

Hukuman gantung dua perlawanan ke atas bintang Argentina itu dilaksanakan oleh Persekutuan Diraja Bola Sepak Sepanyol (RFEF) semalam.

Penyerang berusia 33 tahun itu menerima kad merah dalam penampilan ke-753 itu selepas menumbuk muka pemain Athletic Bilbao, Asier Villalibre pada minit terakhir masa tambahan.

Insiden itu dirakam oleh Sistem Video Pembantu Pengadil dan Messi dilayangkan kad merah.

Messi telah berdepan risiko penggantungan 12 perlawanan akibat perbuatannya itu selepas RFEF menyifatkan perbuatan Messi sebagai agresif.

Penggantungan dua perlawanan itu bermakna Messi akan terlepas aksi bersama the Catalans menentang Cornella dalam saingan Piala Copa del Rey Sepanyol.