KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) menyumbangkan RM300,000 kepada negara khusus untuk mangsa banjir di Johor dan Pahang.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucapkan terima kasih kepada EU kerana bermurah hati.

“Inilah kebaikannya apabila negara kita dihormati. Dikala susah atau senang, akan ada sahaja rakan-rakan yang sentiasa bersama-sama kita.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya amat berterima kasih kepada EU yang bermurah hati menyumbang RM300,000 demi membantu mangsa banjir khususnya di Johor dan Pahang.

“Malaysia akan sentiasa mengenang kebaikan rakan-rakannya. Malaysia dan EU akan terus teguh bersama,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Hishamuddin memaklumkan beliau akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan dipengerusikan Brunei Darussalam pada 21 Januari 2021 menerusi sidang video.

” InsyaAllah Rabu ini saya akan bersidang video dengan rakan sejawat, Menteri Luar Brunei, Dato Erywan Yusof sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Khamis. Semoga yang terbaik untuk ASEAN dan Malaysia,” katanya lagi.-MalaysiaGazette