Croatia lanyak England
Mario Mandzukic muncul hero Croatiasete;ah menjaringkan gol kemenangan ketika menentanga England bagi membolehkan pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia.

ROM – Bintang sensasi, Mario Mandzukic menyertai AC Milan secara percuma sehingga akhir musim ini.

Pendahulu Serie A Itali telah menandatangani perjanjian dengan bekas penyerang Juventus itu semalam.

Pemain Croatia berusia 34 tahun itu berehat sejak Jun lalu selepas meninggalkan kelab Qatar Al-Duhail.

Mandzukic juga pernah menjulang gelaran Liga Juara-Juara Eropah untuk Bayern Munich pada 2013 dan empat gelaran Serie A bersama Juventus sejak 2015 hingga 2019.

Mandzukic juga menjaringkan gol untuk Croatia dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia Rusia 2018 menentant Perancis.

“Saya sangat gembira Mandzukic menyertai AC Milan, kami berdua akan menggeruni lawan kami nanti,” kata rakan sepasukan iaitu Zlatan Ibrahimovic.- MalaysiaGazette