Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyertai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat.

Beliau berkata, tiga nama daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

“Tiga daripada Ahli Parlimen pembangkang akan beri pandangan dan tidak sama dengan sidang Parlimen.

“Ini hanya memberikan nasihat yang khusus tapi kerana ia merupakan satu cadangan dalam titah Tuanku kita mengambil keputusan berikan kerjasama,” katanya dalan sidang media secara maya bersama media, hari ini.

Jelasnya, Setiausaha PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menghantar nama-nama tersebut kepada Takiyuddin.

Tambah Anwar, pihaknya bersetuju setelah melihat kepada senarai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pengerusinya serta bidang tugas yang diberikan kepada pembangkang.

“Kita tanya dahulu siapa jawatankuasa, bidang tugas dan siapa pengerusi sebelum kita hantar nama.

“Sekarang bila kita berikan penjelasan kita beritahu kepada Takiyuddin bahawa kita akan kemukakan tiga nama hari ini juga,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, jawatankuasa itu dibentuk melalui Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari lalu.

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan juga antara lain membincangkan hala tuju pengurusan darurat di peringkat Persekutuan dan negeri yang dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Sabtu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Anwar: Surat rayu batal darurat telah dihantar kepada Agong

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyertai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat.

    INILAH CIRI2 MUNAFIKUN ATAU GILAAA….PENDERHAKA NAK JADI PM

Comments are closed.