Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 16 kluster baharu dikesan hari ini ekoran penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster melibatkan tempat kerja paling banyak dilaporkan.

“Kluster-kluster itu melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko, dan satu kluster berkaitan keagamaan,” katanya.

Kesemua 11 kluster itu adalah Kluster Jalan Terolak di Wilayah Persekutuan, Kota Muhibbah di Perak, Silimpopon di Sabah, Seri Bayu di Johor, Ladang Sebrang di Sabah, Orion di Kedah, Tampoi Tujuh di Johor, Jalan Sempadan di Johor, Jalan Slim di Perak, Pasar Borong KL 2 di ibu kota dan Kluster Jalan Canang Emas di Selangor.

Kluster Keagamaan pula melibatkan Taman Sejahtera di Perak, dua kluster kumpulan berisiko adalah Mandin Jaya di Pulau Pinang dan Jalan Kelapa di Selangor.

Terakhir adalah Kluster Komuniti di Kampung Tanah
Merah, Terengganu dan Gunung Raya di Kedah.

Daripada jumlah itu, ia menjadikan jumlah kluster setakat ini adalah 701 kluster dimana 327 daripada adalah kluster aktif.

Sejumlah 374 kulster telah tamat pada hari ini iaitu Kluster Kaya, Kluster Enggor, Kluster Perdana 6, Kluster Tapak Bina Jalan Tun, Kluster Tapak Bina Darul, Kluster Jalan College, dan Kluster Jalan Lapan). – MalaysiaGazette