Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri menunjukkan tilam yang bakal diagihkan kepada 250 keluarga di Raub. foto YaPEIM

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami – Misi Bantuan Program Musaadah 2021 ke Negeri Pahang telah mengagihkan 500 gulung tilam kepada 250 keluarga yang terjejas akibat banjir di Raub, Pahang.

Kesemua tilam berkenaan dihantar menggunakan tiga buah treler.

Majlis pelepasan trak itu yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri hari ini. foto YaPEIM hadir dalam majlis pelepasan penghantaran tilam kepada mangsa-mangsa banjir.

Kesemua keluarga yang terkesan akibat banjir ini akan menerima dua gulung tilam bagi setiap keluarga.

Agihan bantuan ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mangsa banjir dan mengurangkan beban keluarga golongan B40. – -MalaysiaGazette