Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Hubungan selebriti popular, Neelofa dan peserta Pencetus Ummah (PU) Riz kembali diperkatakan selepas pengacara dan usahawan Noor Neelofa dilihat kembali memakai cincin.

Menerusi Insta Story milik Neelofa, dia kelihatan menyarung sebentuk cincin yang didakwa ramai mirip cincin merisik yang diberikan keluarga pendakwah bebas itu sebelum ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau salah satu koleksi peribadinya.

Sebelum ini , Neelofa dilaporkan sudah tidak lagi mengenakan cincin merisik ketika hubungannya dengan PU Riz dikatakan sedang dilanda masalah

Sehingga kini status hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu.

PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa. – MalaysiaGazette