Foto Ihsan BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin membuktikan mereka sekali lagi menjadi penghalang buat pasangan negara kempunan untuk bergelar juara.

Kali ini, pasangan nombor tujuh dunia itu menjadikan gandingan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mangsa terbaharu mereka selepas menang 21-13, 21-18 dalam aksi final Terbuka Thailand Toyota di Bangkok, sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan ketiga dialami Aaron-Wooi Yik di tangan Lee Yang-Chi Lin selepas turut tewas dalam dua pertemuan sebelum ini.

Minggu lalu, pasangan profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut dikecewakan Lee Yang-Chi Lin apabila tewas pada aksi final Yonex Terbuka Thailand. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Chaiyok. Usaha lagi. Bergu taiwan mmg fit berbanding mana mana bergu negara. Tgk body pun banyak beza. Ini kekurangan atlet kita. Dok rasa jika ada bakat, kecik kenit pun boleh menang.
    Zaman sains sukan dah maju, semua faktor kena amik kira.

Comments are closed.