Kementerian Pertahanan telah melancarkan inisiatif MINDEF Prihatin Banjir 2021 bagi meringan beban mangsa banjir.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Inisiatif MINDEF Prihatin Banjir 2021 bagi meringankan beban mangsa bencana alam di Terengganu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, keprihatinan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kementeriannya amat dihargai.
“Saya mewakili penduduk negeri Terengganu berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta seluruh warga MINDEF atas sumbangan bantuan banjir ini.
“Keprihatinan YB Menteri dan MINDEF amatlah kami hargai. Semoga bantuan ini dapat meringan beban rakyat negeri Terengganu,” katanya hantaran di Facebook miliknya hari ini.
Terengganu merupakan antara negeri yang terjejas kerana banjir yang melanda awal tahun ini dan antara kawasan yang terjejas ialah Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut. – MalaysiaGazette