Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7, 770 buah komputer riba dan desktop oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Sebanyak 3, 773 daripadanya sudah diedarkan manakala 3, 997 dalam proses, kata menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurutnya, inisiatif KPT juga termasuk mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti.

Berikut adalah tawaran pelan data dan peranti:


Katanya, kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk satu lagi inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

”KPT juga melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bersama-sama dengan KPT dalam menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa kekangan.

Pihak-pihak yang ingin menyalurkan sumbangan mereka, bolehlah berbuat demikian melalui akaun
Maybank 5660 1062 2566 atau melalui dalam talian dengan klik pautan di www.billplz.com/tabungsiswa

Katanya, akses kepada capaian Internet sangat kritikal bagi membolehkan pelajar menjalani sesi PdP secara dalam talian dengan kondusif.

Beliau tidak dinafikan, pelajar perlu menanggung kos yang tinggi bagi melanggani pakej pelan data untuk
capaian internet tersebut.

KPT komited untuk memastikan semua pelajar IPT mampu mendapatkan capaian Internet walau di mana sahaja mereka berada dan penting bagi KPT menjayakan aspek ekuiti apabila semua pelajar mendapat hak pendidikan yang setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar, ujar Noraini. – MalaysiaGazette