Kami Anak Orang Asli Pun Mahu Belajar #MGFlash

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mampu memberi keberkesanan sekiranya pelajar atau murid mempunyai capaian Internet yang pantas serta lengkap dengan peranti elektronik.

Namun situasi sebaliknya berlaku kepada pelajar yang tidak punya akses sedemikian terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan pedalaman.