Restoran Red Wok terpaksa menutup operasi premisnya kerana terkesan dengan penularan Covid-19.-Gambar FB Red Wok.

KUALA LUMPUR – Restoran Red Wok terpaksa menutup operasi premisnya kerana terkesan dengan penularan Covid-19.

Dalam satu kenyataan di media sosialnya, operasi restoran terkenal di Taman Kajang Impian itu akan ditutup mulai bulan depan.

“Assalamualaikum kepada semua pelanggan Red Wok Sdn Bhd.
Mulai bulan Februari 2021 pihak pengurusan RED WOK Restaurant telah membuat keputusan untuk menutup operasi kedai kami buat selamanya.

“Rentetan penularan Covid-19 kedai kami turut terkesan sebagaimana operasi perniagaan yang lain.

“Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan setia kami ats sokongan yang telah diberikan. Kami memohon maaf atas kekurangan serta kesilapan kami sepanjang kami menjalankan operasi restoran kami,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, restoran berkenaan akan beroperasi buat kali terakhir esok.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast