Gambar hiasan.

KUALA LUMUR – Sebanyak sembilan lagi kluster baharu dikesan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Kluster-kluster baharu itu adalah Kliuster Jalan Faizal, Kluster Jalan Sattria, Klsuter Jalan Dewani Satu, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Jalan Pakat, Kluster Indah Riang, Kluster Kampung Kemansur dan Kluster Jalan Kejora.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster-kluster tersebut adalah berkaitan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Hentian iaitu sebanyak 88 kes, Kluster Pasai sebanyak 73 kes dan masing masing 45 kes bagi Kluster Jalan Faizal dan Kluster Jalan Playar,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Noor Hisham memberitahu, tiga kluster ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar dan Kluster Kupi-Kupi.

Bagaimanapun tambah beliau, masih terdapat 372 kluster yang masih aktif.

Justeru, Noor Hisham menegaskan agar orang ramai sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh KKM.

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – MalaysiGazette