Bekalan pertama vaksin Covid-19 tiba di KLIA kira-kira jam 10 pagi Ahad.

BERLIN – Jerman mencadangkan agar vaksin koronavirus AstraZeneca hanya diberikan kepada individu yang berusia di bawah 65 tahun.

 

Agensi Ubat Eropah dijangka meluluskan vaksin AstraZeneca, yang dikembangkan bersama Universiti Oxford, untuk digunakan di 27 buah negara Kesatuan Eropah (EU) pada hari Jumaat.

Ia merupakan vaksin ketiga dibenar digunakan di EU setelah vaksin BioNTech-Pfizer dan Moderna.

Jerman dan AstraZeneca kedua-duanya menolak laporan media Jerman bahawa vaksin tersebut kurang berkesan kepada penerima berusia 65-an.

Syarikat gergasi farmasi itu dalam satu kenyataan bertulis, dengan mengatakan “dakwaan bahawa keberkesanan vaksin AstraZeneca /Oxford adalah serendah 8 peratus bagi orang dewasa yang berusia lebih dari 65 tahun adalah tidak betul”.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn menegaskan cadangan oleh jawatankuasa itu belum muktamad dan segala keputusan akan diputuskan sebaik sahaja vaksin itu sudah disahkan penggunaanya.

Tetapi beliau memaklumkan ada perbincangan sejak musim gugur mengenai kekurangan data dalam kajian mengenai keberkesanan vaksin AstraZeneca kepada golongan warga emas. – MalaysiaGazette