- Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.- Gambar hiasan.

JAKARTA – Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id., kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 1,066,313 kes manakala pesakit yang sembuh berjumlah 862,502 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 210 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 29,728 orang.

Provinsi Jakarta menjadi provinsi paling tinggi mencatatkan kes positif keseluruhan iaitu 266,244 kes manakala Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kematian keseluruhan iaitu 7,754 orang.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast