Keluarga, Amri Adam, 42 menonton Perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 6,805 individu kehilangan pekerjaan pada Disember lalu berdasarkan statistik data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada segi pencari kerja, seramai 53,869 orang direkodkan berbanding lebih 170,000 kekosongan jawatan yang ada.

Katanya, berdasarkan tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional sudah meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

“Ini bermakna, lebih 400,000 isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK ini sudah tergolong dalam kategori miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang berlangsung secara maya, sebentar tadi.

Pada Julai lalu, Jabatan Perangkaan mengumumkan PGK disemak kepada RM2,208 berdasarkan pengiraan yang dibuat mengikut metodologi pada 2019.

Sebelum ini, PGK dikira berdasarkan metodologi pada 2005 yang menjadikan penanda aras kemiskinan pada RM980 berdasarkan keperluan asas untuk isi rumah hidup sihat dan aktif. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pasai tu la kot pati berduyun-duyun menceroboh masuk bersepah-sepah majikan tempatan bersengkokol bagi pati kerja cari makan haram jadah.

Comments are closed.