foto: JBPM

KUALA LUMPUR – Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang yang memaklumkan insiden itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik.

“Kedua-dua mayat mangsa ditemukan pada kira-kira 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada maklumat peribadi yang ditemukan pada kedua-dua mayat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian. – Bernama

1 Komen

Comments are closed.