Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak perlu menghiraukan ‘tin kosong’ dalam kalangan pemimpin pembangkang yang hanya tahu menghentam usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19 tanpa usul periksa.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, mereka mungkin tidak sedar bahawa Dr Adham bekerja siang dan malam setiap hari untuk memerangi Covid-19 di negara ini.

“Dia bukanlah ‘instafamous’ yang mencari populariti tetapi berkhidmat demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menempelak tindakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mendesak Dr Adham meletak jawatan berikutan situasi terkini Covid-19 yang menyaksikan peningkatan melebihi 5,000 kes sejak kebelakangan ini.

Najmil Faiz seterusnya mempersoalkan sama ada Salahuddin mengelamun atau hanya bergantung kepada media sosial untuk menghentam sahaja tanpa usul periksa.

“Saya syor agar pemimpin tersebut rajin-rajinlah melihat Instagram, Facebook, televisyen, berita terkini Menteri Kesihatan sebelum menuding jari menghentam tanpa usul periksa,” sindirnya.

Beliau turut memaparkan media sosial rasmi Menteri Kesihatan iaitu @dr.adhambaba (Instagram) dan Dr. Adham Baba (Facebook) supaya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dapat membuka sedikit minda mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh Najmil Faiz, antara inisiatif yang dilakukan oleh Dr Adham adalah:

Menubuhkan 213 pusat penilaian Covid-19 bagi memudahkan penilaian pesakit yang kuarantin di rumah.

Menjalankan kerjasama dengan pelbagai negara seperti Korea Selatan dalam mendapatkan sumbangan RT-PCR Covid-19.

Giat melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.

Menghantar keperluan barangan kritikal untuk membendung Covid-19 di Sabah.

Melaksanakan Pelan Imunisasi Kebangsaan.

Membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di kawasan yang dikenal pasti.

“Teruskan bekerja untuk rakyat YB Menteri Kesihatan. Tak perlu peduli dengan ‘tin kosong’ yang tidak menyumbang apa-apa,” katanya. – MalaysiaGazette

Mana hilangnya Menteri Kesihatan? – Salahuddin

3 Komen

  1. MAJLIS TERTINGGI P unah H arapan sentiasa MENYALAK Kerajaan gagal menangani pandemik …yang ASAL tidak dibendung 22 bulan mereka… kerana EGO dan pelbagai alasan dari DOKTOR2 mereka….DR WAN AZIZAH …COVID jauh dari negara CINA….DR ZULKIFLY Tiada perlu disekat pelancong CINA…kita mampu mengatasinya….DR MAHATHIR…Kita tidak akan KUARANTIN macam kandang lembu…SELANGORKU sendiri setiap hari CATAT KES TERTINGGI…mau BONGKAK lagi dengan ALLAH……bahkan mereka SANGGUP menghasut dan menderhaka YDPA atas perintah DARURAT

    Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa bukti kegagalan pertama dilihat daripada peningkatan jumlah kes pandemik….ANTARA MP P unah H arapan nak jadi HERO tapi 22 bulan MENIKUS dengan MAINAN 3 Orang DOKTOR di atas.

    Dan utk sahabat lamaku salah udin yg dalam amNANAH juga MENIKUS dalam 22bulan tapi BERANI sekarang Dgn sekutunya DAPIGS nak CABAR YDPA pula.

    RAKYAT TIDAK AKAN LUPA SERTA MAAFKAN KERANA PRN SABAH menjadikan COVID 19 terus mencanak kerana KEEGOAN Shafie Bedal WARISAN P unah H arapan MEMBUBARKAN DUN…tetapi SEKUTU2 INILAH yang mengatakan COVID 19 dan Kematian pasukan keselamatan SEBAGAI SANDIWARA.

  2. Zaman PH dh terkawal.. Mai PNipu habih bala pon datang semula.. Dgn kes meningkat, harga barang naik, pemandu mabok berleluasa, hudud x buat, kedai judi pon bnyak, kilang arak pon x ttup, banjir besar semua negeri.. Semua bala PNipu pengkhianat

  3. Sedapdah dapt makan sate vavikn… ni nk rayani leh join sama… leh share no nnti, mana tau first prize..

Comments are closed.