Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ke-46 kariernya memastikan Barcelona menang 2-1 menentang Athltic Bilbao awal pagi tadi.

MADRID – Lionel Messi menjaringkan gol ke-650 untuk Barcelona menerusi sepakan percuma bagi membolehkan pasukannya menewaskan Athletic Bolbao 2-1 pada aksi La Liga awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan the Catalans melonjak ke tangga kedua liga.

Ia merupakan gol sepakan percuma Messi yang ke-46 untuk Barcelona.

Messi meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-20 namun gol sendiri Jordi Alba membolehkan pasukan pelawat mengikat kedudukan pada minit ke-49.

Namun Antoine Griezmann menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke -74 hasil hantaran Oscar Mingueza.

Barcelona dan Real Madrid memungut mata yang sama namun perbezaan gol membolehkan Barcelone berada di belakang pendahulu liga Atletico Madrid dengan kelebihan 10 mata.

Pasukan kendalian Ronald Koeman itui merekodkan lapan kemenangan dan dua seri selepas mengharungi 10 mengharungi perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast