Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pekerja asing dalam sektir perindutrian dan pembinaan diwajibkan mengambil ujian calitan (swab test), berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini kerajaan memberi tumpuan kepada sektor tersebut yang telah menyumbang kepada kes positif Covid-19

“Jika kita lihat kemunculan kluster, tiada kluster pasar pagi dan gerai di tepi jalan, kebanyakkan kes positif membabitkan pekerja asing di kilang dan tapak binaan berdasarkan fakta yang ada.

“Sebab itu kita fokus kepada kilang dan tapak binaan, sebelum ini hanya enam negeri sahaja mewajibkan majikan kilang dan tapak binaan menjalankan swab test terhadap pekerja asing yang digaji dan ditempatkan mereka di asrama dan perumahan awam.

“Sekarang iaitu mulai hari ini (1 Februari 2021), majikan kilang dan tapak binaan di seluruh negara diwajibkan jalani swab test untuk setiap pekerja asing,” katanya selepas menghulurkan sumbangan makanan kepada petugas Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di Sekatan Jalan Raya Tol Gombak hari ini.

Turut hadir Paglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohamad Zaid dan Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed serta Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meminda Ordinan Darurat yang membabitkan kediaman pekerja warga asing yang tidak kondusif dan sempit.

“Walaupun dalam Akta 446 mewajibkan majikan menyediakan penginapan yang selamat dan kondusif untuk pekerja asing, ia makan masa kalau ikut prosedur biasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Patut dipersalahkan terutama Agensi Pekerja Asing kerana kurang pemantauan spt Medo, RP manpower dll

Comments are closed.