Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Taman Tan Yew Lai, Lembah Pantai antara 14 kluster baharu yang dilaporkan dalam negara pada hari ini.

Kluster yang dinamakan sebagai Jalan Tan di Lembah Pantai itu dikesan positif hasil saringan bersasar di pusat jagaan warga emas tersebut hari ini dan sebanyak 31 individu diuji sementara 17 daripadanya positif.

Ketua Pengarah Kesihatannya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kluster melibatkan tempat kerja, tiga kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster komuniti.

Katanya, sembilan kluster masing-masing tiga dilaporkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Sabah manakala dua di Perak sementara masing masing satu di Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor.

“Kedua, Kluster Jalan Empat membabitkan seorang kakitangan pusat perubatan di Wangsa Maju, Titiwangsa yang merupakan kes ke-217015 dikesan positif hari ini hasil saringan individu bergejala yang mana sejumlah 89 individu telah disaring dan 29 daripadanya positif.

“Ketiga, Kluster Tapak Bina Puchong pula melibatkan saringan bersasar di tapak binaan Puchong yang mana 553 individu disaring dan 332 daripadanya positif.

“Kluster keempat adalah Tapak Bina Jalan Lagoon Selatan Petaling dikesan positif hari ini hasil saringan bersasar, yang mana sejumlah 880 individu disaring dan 76 daripadanya positif,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Tambah beliau, Kluster kelima iaitu Industri Puchong turut melibatkan tempat kerja sebuah kilang yang mana kes positif dikesan hari ini menerusi saringan bersasar dan setakat ini 200 disaring manakala 44 daripadanya positif.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan kluster keenam adalah kumpulan berisiko tinggi, Kluster Sungai Purun melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan Kampung Sungai Purun di daerah Hulu Langat dan Petaling dikesan menerusi hasil saringan kontak rapat.

Setakat ini seramai 44 orang disaring tetapi hanya 27 daripadanya dikesan positif.

Ujar beliau, kluster ketujuh adalah Kluster Kampung Parit Masjid iaitu pekerja asrama pekerja di Kampung Parit Masjid, Muar Johor dikesan positif hari ini hasil saringan bersasar manakala 183 individu telah disaring setakat ini dan 44 daripadanya sah positif.

Manakala kluster kelapan adalah Kluster Sungai Pin dikesan daerah Kinabatangan di Sabah apabila kes dikesan positif bermula pada 27 Januari lalu hasil saringan bersasar
sebuah kilang dan setakat ini 36 individu telah disaring dan kesemuanya positif.

Menurut beliau, kluster kesembilan melibatkan komuniti iaitu Kluster Kampung Samin dikesan di daerah Sipitan, Kota Belud dan Tuaran Sabah hasil saringan seorang individu bergejala iaitu kes ke19,5932 dilaporkan positif pada 28 Januari lalu selepas menghadiri majlis di Kampung Samin dan setakat ini 121 disaring dan 33 daripadanya positif.

“Kluster Padas Ramit adalah kluster berkomuniti di daerah Beufort Sabah dan kes positif dikesan pada 25 Januari lalu hasil saringan individu bergejala yang telah menghadiri majlis di Kampung Shahbandar Padas Remit dan setakat ini 160 disaring dan 32 disahkan positif.

“Kluster Persiaran Raya di Manjung Perak membabitkan kluster positif pada 29 Januari lalu hasil saringan individu bergejala melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kampung Acheh Persiaran Venice Raya Sri Manjung apabila 95 disaring dan 18 daripadanya positif manakala Kluster.

“Kluster Lapangan Siber juga dikesan di Kinta Ipoh, Perak iaitu kluster kes ke-171806 seorang pekerja kilang perindustrian Pengkalan Ipoh yang positif hasil saringan individu bergejala pada 21 Januari lalu di kediaman Persiaran Lapangan Siber dan ketika ini 50 disaring dan 21 daripadanya positif.

“Kluster Bintang Daily pula dikesan positif menerusi kes kerja dan kediaman di Taman Bintang, Bintangor, Meradong, yang mana 46 disaring dan lapan daripadanya positif.

“Akhirnya Kluster Nilam Tiga melibatkan pekerja kilang di Jalan Nilam 3, Bandar Utama Nilai Seremban apabila indeks kes ke-132931dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 9 Januari lalu dan setakat ini 237 orang disaring dan 63 disahkan positid,” tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Chulan (85 kes), dan Kluster Tembok Taiping (81 kes).

Sementara itu, kluster yang tamat adalah sebanyak 430 kluster termasuk lima pada hari ini iaitu Kluster Tembok, Kluster GK Tawau, Kluster Sentosa Residensi, Kluster Menara Wang, dan Kluster Maringkan. – MalaysiaGazette