Kesedaran orang awam terhadap pemakaian pelitup muka sebagai langkah membendung Covid-19 masih lagi rendah. Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Tidak memakai pelitup muka, rentas negeri dan daerah merupakan kompaun tertinggi yang dicatatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejak Perintah Kawalan Pegerakan dikuat kuasa bermula 13 Januari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam tempoh 19 hari itu sebanyak 245 kompaun dikeluarkan dan 53 individu ditahan atas pelbagai kesalahan.

Jelas beliau, kompaun tertinggi dalam tempoh itu dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka iaitu sebanyak 59 kompaun manakala tangkapan pula seramai tujuh individu.

“Bagi kesalahan rentas daerah, beliau menegaskan sebanyak 53 kompaun dikeluarkan manakala tangkapan pula seramai 20 orang.

“Kesalahan rentas negeri pula, seramai 11 individu ditahan dan 30 kompaun dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas mengenai Sekatan Jalan Raya (SJR), Noorzainy memberitahu sebanyak 10 SJR didirikan di daerah SPU.

“Kita dirikan SJR di jalan tumpuan serta laluan tikus bagi mengekang kes rentas daerah dan negeri,” ujarnya. – MalaysiaGazette