Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti oleh pelabur asing pada minggu lalu meningkat kepada RM534.78 juta berbanding RM288.13 juta pada minggu sebelumnya.

Dalam laporan aliran dana mingguan hari ini, MIDF Research berkata, pelabur asing melupuskan sebanyak RM199.66 juta ekuti tempatan sebaik sahaja pasaran di buka pada hari Isnin.

Pelabur institusi dan tempatan pula bertindak sebagai pembeli bersih masing-masing sebanyak RM72.69 juta dan RM126.97 juta.

Firma penyelidikan itu menambah, pelabur asing merupakan penjual bersih setiap hari kecuali hari Jumaat susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 dan jaminan oleh Menteri Kewangan bahawa kerajaan tidak akan mengulangi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti tahun lalu.

Menurut MIDF, aliran keluar terbesar direkodkan pada Selasa lalu sebanyak RM298.69 juta, manakala terkecil pula pada hari Khamis kepada hanya RM81.3 juta.

Bagaimanapun, ia berbeza bagi pelabur runcit yang menjadi pembeli bersih setiap hari minggu lalu.

Katanya, belian bersih terbesar direkodkan Selasa lalu sebanyak RM286.74 juta manakala pembelian bersih terkecil pada hari Isnin,

“Ini juga aliran keluar bersih negatif untuk institusi tempatan minggu lalu, walaupun lebih kecil daripada aliran keluar bersih pelabur asing.

“Belian yang dicatatkan pada hari Isnin dan Selasa dengan aliran masuk bersih terkumpul adalah sebanyak RM138.92 juta,” kata firma tersebut.

Kegiatan jualan bersih lebih besar, menghasilkan penjualan bersih kumulatif hingga RM195.2 juta manakala aliran keluar bersih terbesar adalah pada hari Jumaat dengan penjualan bersih RM154.75 juta.

Menurut MIDF, sejak awal tahun 2021, secara kumulatif, pelabur peruncit adalah satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan yang bernilai RM1.75 bilion.

Sementara itu, institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing sebanyak RM919.25 juta dan RM833.87 juta.

Sebagai perbandingan dengan tiga pasaran Asia Tenggara yang dipantau minggu lalu. semua pasaran merekodkan aliran keluar minggu lalu. – MalaysiaGazettte