Opinion Yeap Ming Liong SOP MCO 2.0 Chinese New Year 2021 safe SOP Covid-19
(Picture for representational purposes only). A shopper choosing a lantern at the Petaling Street in Kuala Lumpur to decorate her house in conjunction with the Chinese New Year celebration under the new normal and standard operating procedures (SOP) of the Movement Control Order (MCO) to curb the spread of Covid-19. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 JANUARY 2021.

KUALA LUMPUR – Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari 2021 hanya boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

SOP tersebut adalah seperti berikut:

1. Sambutan perayaan hanya DIBENARKAN di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

2. Aktiviti Majlis Makan Besar Bersama Keluarga juga hanya DIBENARKAN di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

3. Upacara sembahyang adalah TIDAK DIBENARKAN. Semua penganut / masyarakat Cina digalakkan melakukan upacara
sembahyang di rumah masing-masing.

4. Aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti persembahan tarian singa / tarian naga, perarakan “tanglung”, perarakan
“chingay” dan persembahan opera cina atau pertunjukan pentas adalah TIDAK DIBENARKAN.

5. Aktiviti ziarah rumah ke rumah adalah TIDAK DIBENARKAN.

6. Aktiviti rentas daerah dan negeri adalah TIDAK DIBENARKAN.

Kementerian Perpaduan Negara berkata, SOP ini adalah terpakai di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambahnya, kementerian ini telah menjalankan beberapa siri perbincangan bersama Badan Persatuan Kebudayaan Cina, Pertubuhan Perniagaan Cina, Pertubuhan Agama yang berkaitan dan pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam merangka SOP sambutan Tahun Baru Cina ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru masyarakat Cina di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun ini dalam norma baharu dan memanfaatkan teknologi yang ada untuk mengekalkan hubungan keluarga dan sahabat.

Beliau juga mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, menjaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal semasa perayaan ini dalam usaha kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. – MalaysiaGazette