Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan terdapat 69 peratus kes sporadik Covid-19 daripada 578,105 kes dikesan di negara ini sejak enam bulan pertama tahun ini.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas hampir sebulan kes positif Covid-19 melebihi 3,000 namun, hari ini jumlah itu kembali menurun dengan merekodkan 2,764 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 50,841 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanhyak 2,758 kes adalah penularan tempatan manakala enam lagi merupakan kes import.

“Sebanyak 289 kes kes kini sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 127 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 3,887 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu adalah sebanyak 196, 566.

Bagaimanapun katanya, terdapat 13 lagi kematian baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia iaitu 909 kes setakat ini. – MalaysiaGazette