ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket pengedaran darah  yang menggunakan sebuah rumah di Taman Dato Harun, Petaling Jaya untuk menjalan aktiviti haram itu dengan tertangkapnya empat lelaki menerusi serbuan yang dilakukan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nikl Ezanee Mohd Faisal berkata, pemeriksaan lanjut pada serbuan yang dilakukan pada jam 2.45 petang itu memebawa kepada penemuan 88 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu sebanyak 71 gram.

“Nilai rampasan syabu itu adalah anggaran lebih kurang RM7,100 dan ditemui di atas katil suspek di bilik tidur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang berusia antara 39 hingga 46 tahun itu mendapati kesemua suspek dikesan positif dadah methaphetamine (syabu).

Tambah beliau, polis turut merampas enam paket lutsinar kosong dan sebuah alat penimbang digital yang disyaki digunakan untuk menyukat dan membungkus dadah.

“Siasatan awal polis mendedahkan kesemua suspek mula melibatkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah lebih dua bulan lalu.

“Mereka memperolehi bekalan itu daripada suspek berlainan yang dikenali sebagai ‘Boy’ dan ‘Wan Bangau’ yang aktif dalam kegiatan itu di sekitar daerah tersebut dan juga di Kula Lumpur,” ujarnya.

Nik Ezanee berkata, berdasarkan risikan maklumat yang diperolehi, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah di taman perumahan sama pada jam 5.30 petang hari yang sama.,

Katanya, dalam serbuan kedua itu, polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan yang dikenali sebagai Wan Bangau yang merupakan pembekal dadah.

“Hasil pemeriksaan badan suspek berusia 34 tahun itu berjaya menemui lima paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu.

“Berat barang itu dianggarkan sekitar 5.1 gram selain suspek juga disahkan positif syabu,” katanya.

Nik Ezanee berkata, tiga suspek pada tangkapan pertama didapti memiliki memiliki 11 rekod dadah dan enam rekod jenayah lampau dan mereka direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wan Bangau pula memiliki satu rekod jenayah lampau dan direman tiga hari di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama, jelasnya. – MalaysiaGazette