Yoshiro Mori. foto Agensi

TOKYO – Ketua Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori dijangka melepaskan jawatannya pada hari Jumaat susulan kenyataan seksis yang dibuatnya awal bulan ini.

Datuk Bandar Perkampungan Olimpik, Saburo Kawabuchi, dijangka mengambil alih jawatan Mori.

Kawabuchi mengatakan dia menangis sebelum pertemuan yang mana dia menerima permintaan Mori untuk jawatan berkenaan..

“Mori berterus terang mengatakan ”Saya mahu anda mengambil-alih sekarang.

“Saya fikir betapa sukarnya dia dan saya tidak berhenti menangis,” kata Kawabuchi, 84, kepada wartawan pada Khamis.

Mori yang berusia 83 tahun, mantan Perdana Menteri Jepun, mencetuskan kemarahan global dengan komen seksis bahawa wanita terlalu banyak bercakap semasa mesyuarat jawatankuasa Olimpik.

Mori telah meminta maaf atas komennya itu.

Setakat ini beliau belum mengundurkan diri secara rasmi walaupun ada desakan supaya berbuat demikian.

Pengunduran diri Mori kurang dari enam bulan sebelum Olimpik Musim Panas dijadualkan dimulakan kemungkinan akan menimbulkan keraguan mengenai kelayakan mengadakan Sukan yang ditangguhkan tahun ini.

Ini kerana semua petugas sedang bergelut untuk memastikan Olimpik ini selamat daripada penularan Covid-19.

Kawabuchi, yang telah mewakili Jepun dalam bola sepak di Sukan Olimpik 1964 dan merupakan mantan presiden Persatuan Bola Sepak Jepun, mengatakan beliau mahu Mori memainkan peranan sebagai perunding dalam temasya untuk membantu menjayakan acara ini. – MalaysiaGazette