Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Penyertaan parti Gerakan dalam keluarga besar Perikatan Nasional (PN) mencerminkan keterbukaan serta komitmen berterusan parti pemerintah dalam menerajui kepimpinan negara yang berbilang kaum.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penyertaan parti Gerakan itu diharapkan akan meluaskan lagi politik khidmat bakti PN dan memberikan impak yang lebih positif terhadap dasar-dasar PN membela rakyat serta memajukan negara.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan penyertaan parti Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam Perikatan Nasional secara rasmi dan menyifatkan penyertaan Gerakan bakal membuka lembaran baru dalam landskap politik negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, PN menerima Gerakan sebagai rakan gabungan baharu dalam parti itu.

Penerimaan itu dizahirkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi surat yang ditandatanganinya.

Muhyiddin dalam surat berkenaan berkata, selaras dengan kemasukan itu, Gerakan hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kemasukan sebagai parti anggota sebagai mana dikehendaki Perlembagaan PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast