M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam, kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberikan beberapa kontrak bernilai kira-kira RM36,000 kepada ahli keluarga.

Lelaki berusia lingkungan 40an tersebut, telah ditahan pukul 12.15 tengah hari di Pejabat SPRM Sabah.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, suspek ditahan kerana memberikan beberapa kontrak pembekalan dan pembaikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), serta pembekalan makanan yang berjumlah keseluruhan melebihi RM36,000 kepada ahli keluarga.

“Saya kecewa kerana masih terdapat kakitangan awam menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri, dengan memberikan kontrak kepada ahli keluarga yang mana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, walaupun ingatan demi ingatan telah diberikan kepada pejawat awam tetapi ia masih berlaku,” katanya.

Sementara itu, Karunanithy mengesahkan, dua lagi individu telah ditahan susulan penahanan empat kakitangan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Sabah, berhubung kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu beberapa hari lepas.

Katanya, kakitangan dari agensi yang sama berusia 39 dan 41 tahun itu, telah ditahan pada hari ini kira-kira pukul 12 tengah hari di Pejabat SPRM Sabah atas kesalahan yang sama iaitu Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kesemua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan akan dikemukakan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya. – Bernama

1 Komen

  1. Ikan bilis sentiasa kena. Tapi sebagaimana banyak diviralkan dalam media sosial, Pemimpin politik beri kontrak kpd anak menantu, xde pulak disiasat.

Comments are closed.