Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandang serius pendedahan media mengenai laman sesawang ‘student programme’ dan laporan Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan sugar baby.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, pihaknya telah menghubungi beberapa universiti yang disenaraikan dalam laporan tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai kesahihan data yang telah disiarkan dalam beberapa media.