Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir hadir melawat kapal-kapal yang diterima oleh APMM diwakili oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Kapal KM Kota Kinabalu dan KM Tok Bali kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Destination Marine Services Sdh Bhd, Pelabuhan Klang. foto AFIQ RAZALI, 06 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranaan yang dimainkan agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia di samudera negara dalam memastikan keamanam, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, operasi-operasi seperti Op Naga dan Op Kuda yang dijalankan Maritim Malaysia berjaya menangkap serta menggagalkan banyak aktiviti bot nelayan haram.

“Sementara itu, Op Benteng dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain telah berjaya menangani kemasukan migran asing secara haram ketika pandemik Covid-19.

“Kementeri Dalam Negeri yakin dan percaya keupayaan agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia akan diperkasakan dengan perolehan aset-aset baharu sepeti kapal ronda persisiran pantai, pesawat udara dan pelbagai insfrastruktur,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sempena sambutan ulang tahun ke 16 Maritim Malaysia secara maya bertemakan ‘Kami serius melaksanakannya’ yang lebih signifikan dan realistik berdasarkan pencapaian sepanjang tahun 2020 hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, tema itu memberikan satu gambaran mengenai komitmen tinggi dan berterusan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab walau apapun juga keadaan.

“Sesungguhnya pelaksanaan Op Kuda Laut dan penyertaan kita dalam Op Benteng di bawah entiti National Task Force (NTF) sebenarnya telah mempertaruhkan anggota-anggota oeprasi kita kepada ancaman Covid-19.

“Seramai 31 pegawai Maritim telah dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif. Manakala 20 ahli keluarga mereka turut terkesan dan positif Covid-19,” katanya dalam acara sama.

Sementara itu, Mohd Zubil memberitahu, ancaman pencerobohan bot nelayan asing dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) merupakan satu pakej ancaman berganda.

Katanya, ia bukan sahaja melibatkan kesalahan jenayah tetapi ia lebih kepada pengawalan penularan Covid-19.

“Kemungkinan warga asing ini membawa Covid-19 adalah besar, manakala peranan kita sebagai frontliner menjadi benteng pertama pencegahan dan pengawalan daripada merebak.

“Ini kerana pembolosan mereka berpotensi menyebar Covid-19 kepada orang lain termasuk petugas barisan hadapan serta rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru itu, kata Mohd Zubil, tugas agensi Maritim Malaysia adalah mengenai ruang lingkup perairan negara.

Malah katanya, komitmen dan kejayaan Maritim Malaysia adalah sebahagian daripada sebahagian sumbangan kita kepada rakyat dan negara.

“Komitmen dan kesungguhan kita dalam menggalas tugas serta tanggungjawab telah membuahkan kejayaan di mana melalui Op Kuda Laut, kita berjaya menahan 75 bot nelayan asing serta 820 kru warga asing yang menceroboh perairan negara dengan nila rampasan yang dianggarkan RM112.5 juta,” kata Mohd Zubil lagi.

Pada majlis ulangtahun itu, Maritim Malaysia memilih 377 anggotanya bagi menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Daripada jumlah itu, 67 adalah pegawai dan 310 adalah anggota lain-lain pangkat. – MalaysiaGazette