Datuk Seri Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan ‘MyDigital – Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia’ pada Jumaat ini.

MyDigital akan menggariskan matlamat dan hala tuju dalam memperluaskan penggunaan digital dalam semua sektor ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ekonomi digital menjadi semakin penting kepada pertumbuhan negara selaras dengan peredaran masa.

“MyDigital merupakan pendekatan penerimaan ekonomi digital secara menyeluruh,” katanya pada taklimat media.

Menurut Mustapa, kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan majlis itu telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada November lalu dan mesyuarat akan diadakan setiap tiga bulan.

Majlis Ekonomi Digital berfungsi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital negara.

Beliau memberitahu, majlis tersebut merangkumi enam kluster yang dipengerusi oleh lima menteri dan seorang Ketua Setiausaha nagara.

Keenam-enam klus itu ialah kluster Ekonomi, Masyarakat, Teknologi Baru Muncul, Bakat Digital, Infrastruktur Digital dan Data serta Kerajaan. – Malaysiagazette