Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat, kata anaknya, Muhammad Khalil Abdul.

Menurut beliau, bapanya mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

”Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk.

Belian meminta orang ramai mendoakan ayahnya agar terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah.

Presiden Pas itu dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi setelah mengalami sesak nafas.

Beliau kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MOGA DALAM PENYEMBUHAN DAN PERLINDUNGAN ALLAH JUA bagi TGHH serta diMUDAHKAN segala urusan AMIN Ya Rabalalamin

Comments are closed.