Hannah selamat bergelar isteri kepada jejaka bernama Imam Shah.

KUALA LUMPUR – Pelakon cantik Hannah Delisha membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hannah, 25, dalam satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulis pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne itu.

Sementara itu, dalam Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

Imam menyarungkan cincin di jari manis Hannah Delisha.

“Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam entri tersebut.

Difahamkan majlis tersebut diadakan di tanah kelahiran Hannah, di Singapura.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! dalam Instagram, lelaki tersebut merupakan seorang pelakon lagak ngeri, model dan juga pemilik sebuah gimnasium di Singapura. – MalaysiaGazette