Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kelmarin merupakan tonggak bagi pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

Dengan Fasa 1 proses vaksinasi dijangka bermula pada bulan Februari, kerajaan mensasarkan 500,000 petugas barisan hadapan untuk divaksinasi menjelang April 2021.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, apabila lebih daripada 80% atau 27 juta penduduk divaksinasi sepanjang tahun yang akan datang, ia akan mendorong pemulihan ekonomi negara.

Menurutnya, dalam dalam Belanjawan 2021, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan Covid-19, termasuk untuk kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen, bahan guna habis dan elaun sekali bayaran (one-off) bagi kakitangan barisan hadapan.

Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), kerajaan juga telah menambah peruntukan sebanyak RM3.25 bilion bagi Program Vaksinasi Kerajaan dan pelbagai keperluan kesihatan awam yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast