MGNews : Sorakan Semangat Pelajar SPM 2020

Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bukan sahaja perlu membudayakan norma baharu dalam kehidupan malah, mencipta sejarah tersendiri selepas mengikuti sesi kelas tahunan terpanjang selama hampir 14 bulan.

Berikutan penularan wabak Covid-19, pelajar Tingkatan Lima terbabit hanya sempat mengikuti pembelajaran bersemuka sekitar empat bulan pada tahun lalu.