Steven Sim Chee Keong

BUKIT MERTAJAM – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim melihat pelbagai ragam masyarakat ketika menyediakan komputer riba dan tablet secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Pada ketika ada isi rumah yang mempunyai kereta mewah Vellfire memohon komputer percuma, terdapat juga keluarga kurang berkemampuan yang segan untuk memohon.

Steven memberitahu Sinchew Daily, terdapat juga keluarga mendakwa tidak mempunyai komputer, tetapi lawatan ke rumah pula menunjukkan keadaan berlainan.

“Ketika lawatan rumah, si ibu memberitahu kami bahawa rumah mereka tiada komputer, tetapi anak dalam rumah pula menjerit meminta komputer yang ada segera disembunyikan.

“Saya betul-betul berharap supaya hanya mereka yang betul-betul memerlukan akan melakukan permohonan kerana sumber kami adalah terhad,” katanya.

Steven juga mendedahkan terdapat rumah yang mempunyai kereta mewah seperti Vellfire dan Mercedes, tetapi turut meminta komputer percuma.

“Saya faham mungkin ada yang mempunyai kereta mewah, tetapi mereka telah hilang perniagaan dan pekerjaan kerana keadaan wabak.

“Selain itu, ada juga keluarga yang mempunyai banyak anak dan mahu sebuah komputer tambahan,” katanya.

Menurut Steven, pihaknya justeru melakukan saringan empat peringkat untuk memastikan hanya golongan yang memerlukan mendapat kelengkapan itu.

“Kami hanya mempunyai 400 kelengkapan, tetapi yang memohon adalah 1,500 orang.

“Kami akan mengutamakan pelajar kolej, universiti dan pelajar menengah atas dalam pengagihan komputer riba.

“Untuk pelajar tingkatan satu ke bawah termasuk murid sekolah rendah darjah lima dan enam pula, mereka akan diagihkan tablet,” katanya.

Disebabkan kekurangan sumber, Steven berkata, murid darjah satu hingga empat tidak dapat menerima gajet pada masa ini. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Aduhai , sebagai ahli parlimen, anda boleh rujuk kepada pendapatan mereka , status persekolahan anak mereka dan status percukaian mereka .

    Informasi penting. Edarkan perkara ini kepada kampung atau tempat anda nak hulurkan bantuan.

    Harap beri kepada yg memerlukan sahaja.
    Jangan salah beri. Jangan beri pelbagai alasan kalau benar benar ingin membantu.

  2. tgk btul2 baru bagi,
    yg btul2 perlu jek bagi,
    yg haramjadah menipu,confirm guna bantuan tu utk main2,bukan utk blajo,
    so,cari yg btul2,kalau bleh tgk result exam ke,kpi pelajar ke,
    jgn bodoh sgt terus bagi pada si pemohon,
    double cek btul2 dulu,
    sbb apa perkara nie perlu diteliti?
    jika bantuan tu sampai pada yg btul2 memerlukan,Insya’ALLAH bantuan tersebut akan digunakan sebaik mungkin yg seterusnya boleh mengubah nasib pemohon serta keluarga pemohon dan xmustahil boleh memberikan kejayaan kpd negara,

Comments are closed.