Jentera F1 baharu Alfa Romeo musim 2021 dilancarkan semalam.

MILAN – Pasukan Formula Satu (F1), Alfa Romeo memperkenalkan jentera baharu bagi mengharungi musim 2021 dengan sasaran memperbaiki kedudukan selepas mengalami musim lalu yang mengecewakan.

Alfa Romeo menamatkan kempen musim lalu di tempat kelapan dalam kategori pengeluar.

Prinsipal Alfa Romeo, Frederic Vasseur berkata, pasukannya berazam untuk memperbaiki kedudukan seperti mana pasukan-pasukan lain.

Pemandunya, Kimi Raikkonen juga menyatakan harapan yang sama termasuk mensasarkan naik podium.

Pengarah Teknikal, Jan Monchaux berkata, pasukannya telah berbelanja besar untuk membawa pengubahsuaian kepada jentera termasuk aerodinamik.

Dua lagi pemandu yang mewakili pasukan itu adalah Antonio Giovinazzi dan Robert Kubica.-MalaysiaGazette