Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dari Pakatan Harapan berpendirian persidangan Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat walaupun darurat masih berkuat kuasa.

Menurut mereka, sidang Parlimen boleh diadakan tertakluk kepada segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti yang telah pun dilaksana sepanjang sidang Parlimen pada tahun 2020.

”Persidangan Parlimen adalah sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen selain memastikan semak dan imbang terhadap segala keputusan yang dibuat oleh pihak Ekskutif.

”Keputusan untuk mengembalikan Persidangan Parlimen juga akan memberikan keyakinan kepada dunia luar dan pelabur asing bahawa Malaysia tetap komited terhadap sistem demokrasi berparlimen dan prinsip kedaulatan undang-undang atau rule of law,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu); Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban) dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor).

Ketika-tiga mereka akan menyampaikan pandangan ini secara konsisten di mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dan berharap ia akan dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa tersebut sebagai pendirian bersama Jawatankuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Parlimen sekian lama gagal menjamin majoriti ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu lantas bercanggah dan mencabuli Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu maka darurat perlu.

  2. SIDANG PARLIMEN diadakan???? Sebelum ini puak2 P unah H arapan P akatan H ancing MELENTING bila ada MP2 yang patuh SOP guna PPE ke sidang parlimen .Mereka juga memaksa 14 HARI masa PKP 1.0 DAN MEMAKSA DUN SABAH DIBUBARKAN…

    BILA COVID MENINGKAT MEREKA semua jadi HERO TAMIL kesan dari SABAH atas ALASAN semuanya SANDIWARA…rujuk mohamdin ketapi dan shafie afdal…RELA hanya layak jaga majlis kahwin saja

Comments are closed.